Featured, Tosainomics

Wanda Group China Bakal Ambil Alih Bandar Malaysia? Orang China lagi…

05/09/2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka melawat China minggu ini di sebalik desas desus pengganti untuk memajukan Bandar Malaysia sudah dikenal pasti, lapor akhbar Singapura, The Straits Times (ST) hari ini. Malah, ST memetik sumber “pegawai kerajaan Malaysia” berkata perjanjian baharu yang bakal diadakan lebih tinggi nilainya daripada RM12.3 bilion sebelum ini.

CEO Wanda Group, Wang Jianlin

Ia mendakwa Kumpulan Dalian Wanda yang dimiliki Wang Jianlin, lelaki terkaya di China, disebut-sebut sebagai pengganti untuk memajukan projek mega di Kuala Lumpur itu, susulan pembatalan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah konsortium melibatkan China Railway Engineering baru-baru ini.

Akhbar itu berkata Putrajaya sedang dalam rundingan dengan Dalian Wanda untuk mengambil alih projek mega itu, dan kini menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa China memandangkan ia melibatkan pengaliran keluar dana dari China.

Satu daripada perbincangan itu, menurut ST, ialah cadangan Wanda untuk menyasarkan separuh daripada pembangunan Bandar Malaysia kepada sektor pelancongan dan hiburan dengan nilai anggaran AS$8 bilion (RM34.6 bilion).

Najib dijangka melawat China pada Khamis ini bagi menghadiri sebuah forum di Beijing mengenai kerjasama antarabangsa.

Bandar Malaysia merupakan projek induk syarikat milik kerajaan 1MDB. Minggu lalu, projek itu terganggu selepas perjanjian jualan saham syarikat dimiliki Kementerian Kewangan dengan sebuah usaha sama China-Johor diumumkan terbatal.

TRX City, pemaju induk Bandar Malaysia mendakwa Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) gagal menyelesaikan bayaran bagi pemilikan kepentingan dalam Bandar Malaysia seperti terkandung dalam perjanjian lewat 2015.

Dakwaan itu ditolak konsortium itu yang menyatakan pembayaran sudah dilakukan. – FMT

Aney Hipster kata
Dah ada investor pengganti untuk Bandar Malaysia? Patut lah rileks je orang kutuk-kutuk eh. Investor baru pun orang China lagi? Harapnya menjadilah kali ni ye… Tapi..separuh daripada Bandar Malaysia tu akan dibangunkan menjadi tarikan pelancongan dan hiburan? hmmm…marah orang PAS nanti nih…penat-penat dia orang berjuang untuk negara Islam. Tup tap tup tap…bandar Malaysia penuh dengan hiburan duniawi…hahahahaha….

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply