Featured, Nasi Lemak Politik

Pakatan Harapan Dah Sedia ‘Dream Team’ Untuk GE14

05/04/2017

PAKATAN Harapan (PH) telah memilih barisan sehingga pemimpin untuk memimpin gabungan tersebut dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), dimana Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing telah dinamakan sebagai penasihat dan pengerusi.

Senarai ahli Majlis Presiden PH tersebut  telah dimuktamadkan pada mesyuarat pada hari Ahad  lepas dan akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan tidak lama lagi, bersama-sama dengan logo yang masih belum dimuktamadkan.

Dr Mahathir dilaporkan akan menjadi penasihat kepada Majlis Presiden ini, tetapi beliau tidak akan mempunyai kuasa eksekutif. Terdapat juga peruntukan bagi penasihat lain dan terdapat kemungkinan bahawa slot ini akan diduduki oleh Anwar Ibrahim selepas dia selesai hukuman penjara atau menerima pengampunan diraja.

Presiden PKR selaku Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah akan menjadi pengerusi majlis dan dia akan dibantu oleh tiga naib pengerusi iaitu Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu), Mohamad Sabu (Presiden Amanah) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP).

Saifudin Abdullah pula akan bertindak menjadi Setiausaha Agung PH, manakala Naib Presiden DAP M. Kulasegaran dilantik sebagai bendahari. Setiap parti komponen dalam gabungan itu dilaporkan  akan mempunyai tiga wakil dalam Majlis Presiden PH.

PKR diwakili oleh Mohamed Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail. Amanah pula akan diwakili oleh Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Anuar Tahir manakala DAP akan diwakili oleh Tan Kok Wai, Teresa Kok dan Anthony Loke. Tiga wakil daripada Parti Bersatu pula adalah Mukhriz Mahathir, Abdul Rashid Abdul Rahman dan Dr Shahruddin Md Salleh.

Image via Malaysian Insight

Veteran DAP, Lim Kit Siang tidak disenaraikan di dalam Majlis Presiden PH. Ia masih tidak jelas jika Kit Siang akan mempertahankan kerusi Gelang Patah pada PRU14 akan datang. Beliau telah menjadi sasaran serangan oleh ahli politik Umno dan penulis blog pro-kerajaan yang telah mencuba untuk menggambarkan beliau sebagai kuasa di sebalik PH dan beliau dikatakan mungkin bertindak sebagai ketua de-facto jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional.

Umno sehingga kini sering mengunakan taktik menjadikan Kit Siang sebagai sasaran yang bertujuan untuk menanam idea di kawasan majoriti Melayu bahawa kuasa Melayu akan berkurangan sekiranya Putrajaya jatuh ke tangan PH.

Keputusan untuk tidak menyenaraikan Kit Siang dalam Majlis Presiden dikatakan berkemungkinan bertujuan untuk menyangkal dakwaan Umno bahawa beliau merupakan pemimpin yang paling berkuasa dalam PH.

Rizal Hakeem adalah sang penulis yang bebas terbang berkarya. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kena mengena dengan tehtarik.online.

Apa-apa pun selamat berjuang untuk mereka ni semua. Good luck PH. Tapi silalah pilih logo yang cantik sikit ye!Aney Hipster

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply