Featured, You Kuai Viral

Pelajar ‘Samseng’ Belasah Peniaga Setelah di Tegur Ponteng Sekolah

04/26/2017

Selepas ditegur ponteng sekolah, seorang pelajar bertindak ‘samseng’ membelasah peniaga di sebuah pusat beli-belah di Gombak, Selangor hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, pelajar terbabit yang memakai pakaian sukan sekolah di Gombak berwarna merah dikatakan ditegur oleh peniaga kerana ponteng sekolah.

Difahamkan, berang dengan tindakan peniaga itu, dia memanggil beberapa rakannya dari Taman Melati, Gombak untuk membelasah peniaga tersebut hingga tidak sedarkan diri.

Turut dimuat naik gambar pelajar berkenaan dan dua lagi remaja dalam keadaan bergari di samping dua anggota polis serta keadaan peniaga yang terbaring di kedainya.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan nasib pelajar dan peniaga tersebut.

Perkongsian gambar tersebut mendapat kritikan netizen dan ada yang meluahkan rasa kebimbangan mereka dengan kelakuan pelajar sekolah sekarang yang semakin samseng.

“Hurmm.. Tak tau nak kata apalah dengan bebudak skang nih.. Kecik-kecik lagi dah nak tunjuk samseng. Buat malu mak bapak jew korang nih.. Tau lah nasib korang kat dalam tu nanti. Baru korang tau tinggi rendah nyer langit,” tulis Rieky Irwan Syah

Netizen turut mahukan pelajar terbabit dikenakan tindakan sewajarnya dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting supaya dapat membanteras budaya samseng ini daripada terus ‘merebak’ dalam diri remaja masa kini. – Malaysian Digest

Mr. Barista says: Hmmm…apa nak jadi bebudak zaman sekarang..Orang tegur sikit untuk kebaikan dia, dia pergi tibai orang tu sampai lunyai. Sekarang da jadi kes macam ni, bersedia je la untuk terima hukuman yang setimpal. Mendapat la kau nak…Nak menyesal sekarang pun da tak guna dah…nasi dah jadi bubur. Harap pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan yang sepatutnya kat bebudak samseng ni. Nak tunjuk samseng sangat kan?

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply