Aney Hipster & Rakan-rakan

Hari tu mintak hapuskan gst, semalam pulak kata kene maintain kan GST, mana satu ni?

04/25/2017

“Pakatan Harapan will maintain the implementation of the Goods and Services Tax (GST) if comes into power in the 14th General Election.”

 – Nurul Izzah Anwar (25/04/2017)

Semalam heboh pasal kenyataan parti pakatan yang berpendapat bahawa sekiranya mereka menang di pilihanraya akan datang, GST tetap akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, mengikut kenyataan Nurul Izzah, kadar GST baru tidak akan setinggi kadar 6% seperti yang ada sekarang. Aney berpendapat mungkin ada betulnya. Ye lah, dengan jumlah populasi kita yang semakin tinggi, kita tidak boleh la bergantung kepada pendapatan sedia ada untuk pembangunan infra bagi keselesaan kita semua. Kena la diversify kan…

So nak tak nak, mesti la ada GST. Tapi Aney benar-benar la berharap bila cadangan kadar baru tu mesti la pada kadar yang bersesuaian dengan pendapatan rakyat. Lebih-lebih lagi pada golongan B40 dan kami yang hidup paras-paras hidung je ni. Jangan nanti bila dah menang pilihanraya, korang cadangkan rendah tu pada paras 5.999999 pulak. Hoiiiiii, memang Aney sumpah seranah tujuh keturunan korang la.

Tapi serius la aney tak paham satu benda ni. Kenapa la korang ni tak boleh nak consistent. Istiqomah la sikit. Asik tukar-tukar je pendirian korang ni. Hari tu guling-guling atas jalan mintak hapuskan kerakusan gst, semalam pulak kata kene maintain kan GST tapi pada kadar yang lebih rendah. Nanti tetiba dah menang pilihanraya korang kata tak boleh nak turunkan kadar GST tapi terpaksa naikkan pulak. Dan kalau korang naikkan, Aney tahu dah korang mesti guna alasan sebab terpaksa tanggung beban hutang kerajaan dan kaum keluarga si Ajib ni kan? So bila korang maintain atau naikkan kadar GST tu, apa beza korang dengan side kerajaan sekarang?

Aney rasa start malam ni better aney buat la solat hajat tiap-tiap malam supaya sama ada GST dihapuskan atau pun biar kadar GST lebih rendah dari 6% dan tak naik lebih tinggi dari sekarang. Lagi pun, tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa, lagi mustajab la doa-doa aney nanti. Insya-Allah. Berkat bulan Rejab yang masih ada, syaaban dan ramadhan yang akan datang. TAKBIRRRR!!!

Mode: Terus nyanyi lagu nasyid “bulan-bulan Islam”

Aney Hipster

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply