Featured, Nasi Lemak Politik

Adam Rosly Bebas…For Now…

04/22/2017

Adam Rosly Bebas Selepas Wang Ikat Jamin Dibayar Saat Akhir

KUALA LUMPUR: Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang didakwa memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dibebaskan pada saat akhir selepas wang ikat jamin dibayar sebelum kaunter mahkamah ditutup.

Kaunter yang dibuka sehingga 4.30 petang hanya ditutup kira-kira 5.30 petang bagi membolehkan Adam membayar RM300,000 dengan isterinya, Puteri Balqis Omar sebagai penjamin. Sebelum itu, beberapa ahli keluarga Adam dilihat membuat pengeluaran wang di mesin ATM sebelum tampil membayar wang ikat jamin yang ditetapkan mahkamah. Adam hampir tidak dapat dibebaskan jika kaunter tutup pada jam 5.30 petang. – Malaysian Access

Aney Hipster kata: RM300k bang! Banyak nye…sian family kene baya ko nye bail. Takpe lah lepas ni jangan lupa lunaskan hutang along pulak ye…

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply