Featured, Nasi Lemak Politik, You Kuai Viral

Gempar! Ibu Dyana Sofya Bengang Pihak Media Ceroboh Privasi Anak Gadisnya!

04/19/2017

SEBENARNYA pihak media hanya meneka dalam kesamaran berkenaan gambar mirip pemimpin parti DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan Zairil Khir Johari sedang minum arak dan bercumbu ghairah di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. Namun respons yang diberikan oleh Dyana dan ibunya dilihat seolah-oleh satu pengakuan bahawa perempuan tersebut memang pemimpin DAP bernama Dyana Sofya.

“Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan terhadap saya,” demikian respons bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

“Saya anggap Pilihan Raya Umum (PRU) sudah sangat hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu.

“Saya sedih budaya politik kita telah melangkau sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun menyimpan dendam,” kata Dyana lagi.

Semalam media sosial dan media arus perdana kecoh dengan tersebar empat keping gambar mesra seorang wanita berambut panjang dan berpakaian warna hitam menyerupai Dyana dan seorang lelaki yang sedang minum bersama dua individu lain di sebuah restoran.

Menurut berita yang viral di media sosial, ibu Dyana Sofya, Yammy Samad berang dan menyelar serta menuduh pihak yang menyerang urusan peribadi anaknya Dyana.

Yammy menyokong anaknya Dyana sebagaimana kenyataan Dyana dalam facebooknya bahawa ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan anaknya itu berhubung gambar mesra bersama Zairil Khir Johari.

“Mengapa mereka dengki sangat dengan anak saya Dyana. Apa salah dia. Hak Dyana dan privasi anak saya jangan diganggu” respons ibu Dyana.

” Dulu saya dah jelaskan hubungan Dyana dan Zairil mereka tidak bercinta. Mengapa ada saja pihak nak cari salah mereka?” kata Yammy Samad.

Menurutnya, penyebaran gambar itu sebagai fitnah terbaru terhadap anaknya oleh pihak-pihak tertentu yang mahu merosakkan imej DAP sekali gus melihat Dyana Sofya disingkirkan dari parti itu.

Kredit: PRU14.tv

Mr. Barista says: Hmm…Sayang sungguh ibu Dyana pada parti DAP. Yes, memang itu adalah hak dia tapi kita la yang tertanya-tanya berkenaan “privasi” Dyana Sofya yang cuba dipertahankan oleh seorang ibu yang beragama Islam ni. Seolah-olah nilai maruah dan moral boleh dijual beli dan dirunding dengan begitu mudah je…

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply